Pages

Tuesday, October 18, 2011

Panduan kita sayang

Bisikan Nurani

semakin cuba untuk aku menggapai,
semakin terasa ia mendekat,
semakin aku menjadi tidak keruan,
lalu aku terus menutup mataku rapat,
mahu menjiwai sepenuh rasaku,
aduh...dekat sekali!
Tuhanku,
kurniakan aku cinta itu,
dekatkan cinta itu di hatiku,
ya Allah...ya Tuhanku..


p/s: wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami..


sini sini :)


Thursday, October 6, 2011

Darjat isteri

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai kerana Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

Friday, September 30, 2011

Tips untuk saya please

Saya mahu kulit yang cantik.

Tolong bagi saya tips boleh? Macam-macam dah cuba tapi kulit saya tak cantik pun. Saya nak kulit yang licin, tak ada clog pores, suci je. Macam mana?

p/s: update jugak untuk lengkapkan post bulan september. kalau perasan bulan sembilan ni tak update apa-apa pun. hampeh!

Monday, August 22, 2011

Keranamu Alza


Keranamu Alza buat aku tak duduk diam, buat aku menggelabah, buat aku serba salah dengan owner 'beliau'. Kenapa??

Macam ni, aku kena pergi hantar borang sebut harga dengan pergi bank nak cheque deposit. Bos suruh aku bawa kereta dia, Alza ni lah. Dia pun keluar dengan kawan dia. Aku pun masuk perut kereta, start enjin nak la masuk gear. Dah masuk gear aku cari handbrake tak jumpa. Kawan aku kat sebelah pun tak tahu mana. Puas kitorang cari, ceh dalam otak aku aku fikir, kereta ni model yang tak ada handbrake kot. Dunia dah maju katakan.


Kemudian dengan yakin aku drive la pergi hantar sebut harga. Tekan minyak tibatiba keluar bunyi macam alarm tu. Ada la lampu kelipkelip. Ada lampu tunjuk seat belt satu lagi tunjuk tanda seru macam ni (!). Kitorang pun cakap oh dia bunyi sebab tak pakai seat belt. Aku pun tarik la seat belt, pakai tapi tetap bunyi. Oh, orang sebelah pun kena pakai jugak kot. Safety betul kereta ni. Kawan aku pun pakai tapi bunyi juga. Aduh! Kenapa ni?? Gelabah. Dah la kereta orang, baru keluar nak pakai raya pulak tu. Rosak nanti aku yang kena. Nangis.

Nak buat apa ni? tolongtolong. Kawan aku pun call bos, tapi line busy. Call husband dia, husband dia cakap cuba cari kat sebelah brake kaki mesti ada. Kitorang pun cari tapi susah sebab aku tengah drive mana nak tengok bawah mana nak tengok depan. Drive la dulu. Pastu cari tempat boleh parking jap. Cari seperti yang disuruh. Yes! Muka bahagia macam baru lepas kena lamar, sebab akhirnya jumpa. Nak tahu kat mana? Ni kat sini


Nampak tak kaki orang tu? Kat situ la handbrake nya. Kawankawan, handbrake Alza kat bawah bukan macam kereta lain yang ada kat sisi kita. Ingat tau? jangan jadi macam saya, boleh ingat kereta baru tak ada handbrake. Apa la! Dari tadi tak berhenti gelak dengan kawan aku tu. Fikir kebodohan diri sendiri. Hua hua hua. Nangis.

Wednesday, August 17, 2011

Ketidaksempurnaan itu ternyata jelas

Nobody's perfect!

Itu yang selalu manusia laungkan apabila diorang buat salah. Tak kira dalam keadaan apa sekali pun memang tak ada siapa pun yang sempurna. Percayalah. Itu kenyataan. Jadi, kita sebagai manusia biasa, harus terima apa sahaja dengan redha, ikhlas & dengan seadanya sebab kita sendiri pun tak sempurna.

Kita,

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman.

Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuff,
jika kasih tak setulus Zulaikha.

Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim,
andai diri tak sekuat Siti Hajar.

Dan,

Mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
kalau diri tak sesempurna Rasullullah s.a.w

Jadi apa yang patut kita lakukan?

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangannya itu sebagai keunikan. Carilah kebaikan dalam dirinya dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Tetaplah berdoa kepada Illahi agar dia akan terus menjadi milikmu sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Thursday, August 4, 2011

The spirit of fasting

Missing you banyakbanyak,


Some joys are better expressed in silence
as a smile holds
more meaning than words
I was asked if I enjoy having you in my life
I just smiled ~_~

Monday, July 25, 2011

Tangisan air mata


Semua orang yang hidup di muka bumi ini pasti pernah menangis..
Cuma yang membezakan kita ialah sebab untuk tangisan itu..
Aku juga pernah menangis..
Tangisan itu datang adakala tanpa sebab..
Secara tiba-tiba airmata itu mula mengalir..
Dan tanpa sedar, titisan itu mulai bertukar menjadi esak tangis yang berlarutan..
Kebiasaannya ia terjadi bila sahaja aku keseorangan..
Kadang kala mengingati kenangan dan peristiwa semalam..
Ya..
Aku akui kehidupan aku bukanlah semuanya bahagia..
Ada ketika jika dihitung tak sampai suku dari umur aku melalui detik bahagia..
Tapi bila difikir kembali..
Itulah sebenarnya yang mematangkan dan mendewasakan aku sehingga ke hari ini..
Biarpun ada yang mengatakan aku dewasa sebelum waktunya..
Tidak mengapa..
Tidak semua orang mampu menikmati setiap aturan umurnya..
Kerana airmata itu aku kuat mengharung detik getir dalam kehidupan aku hingga ke hari ini..
Aku menjadi insan tabah dan sabar untuk berdepan dengan kerenah manusia yang pelbagai rupa..
Cuma ada waktunya sabar, tabah dan semangat itu hampir melurut ke kaki..
Rebah seketika hampir menyembah bumi..
Dan di kala itu aku perlukan sokongan dan dorongan dari orang lain..
Namun tak semua yang aku inginkan itu akan aku perolehi..
Maka, bila tak mampu bangun dari kejatuhan itu..
Hanya airmata menjadi peneman..
Itu lebih menenangkan dan memberi kepuasan..
Kata seorang teman..
Bila sesuatu yang tak mampu untuk diluahkan..
Menangislah semahunya..
Agar keluar segala rasa sedih, duka, pilu, luka..
Dan saat ini butir mutiara itu gugur lagi..
Kerana ada kata yang tak mampu aku luahkan..
Biarpun disini..

Thursday, July 21, 2011

Berkongsi adalah Penyayang


stay with me and lets make it the longest day.

I believe that we can be extraordinary together,
rather than ordinary part.

Tuesday, July 19, 2011

Takkan Boleh

Kadang-kadang kita dah cuba puaskan hati semua orang, tapi percayalah.

Takkan boleh.

Lagi-lagi orang macam aku ni yang berat mulut, payah senyum, keras hati, kepala batu, rasa diri betul memanjang tapi aku tetap cuba walaupun.

Takkan boleh.

Tapi aku bukanlah teruk sangat, aku bukan la keras sangat, aku pun ada hati, perasaan. Lembut tu masih ada, just bagi aku masa dan jangan terlampau mengharapkan perubahan yang terlalu drastik. Aku tak mampu.

Aku takkan selamanya batu. Aku takkan selamanya singa.

Kelak,

Aku akan jadi air. Aku akan sejinak kucing.

Aku perlukan peluang, masa dan sokongan.

Monday, July 18, 2011

Takda masa

Kita diberi masa 24 jam dalam sehari tapi kenapa orang selalu cakap,

takda masa, tak sempat.

Kita diberi masa 1440 minit dalam sehari tapi kenapa orang selalu cakap,

takda masa, tak sempat.

Kita diberi masa 86400 saat dalam sehari tapi kenapa orang selalu cakap,

takda masa, tak sempat.

Kadang-kadang rasa sakit hati, kadang-kadang rasa tak diperlukan, kadang-kadang rasa macam takda siapa-siapa nak peduli.

Bila tanya, tak sempat, sibuk.

Dalam banyak-banyak masa tu langsung tak boleh ambil sikit untuk saya?

Takpe lah.

Telan dan senyum sahajalah.

Mati itu pasti

Kita hidup bukan untuk mati
tapi
Kita mati untuk hidup




Mati bukan penamat kehidupan
tapi
Mati permulaan kehidupan




Kita kena terima mati dengan ketaqwaan
Kita jangan takut pada mati
Kita kena rindu pada mati
Kerana mati adalah pintu untuk kita berjumpa dengan Allah swt

Wednesday, July 13, 2011

Main masak-masak

Muffin Coklat

Cuba tengok yang A tu, tak naik jadi bentat sebab tak panaskan pengukus dulu, yang B naik cantik dan merekah kat atas sebab pengukus dah panas. Jadi, sebelum buat adunan pastikan pengukus sudah di panaskan.

Apam Polka Dot

First time buat alhamdulillah menjadi. Bersemangat kot masa nak buat tu. Lagi seronok dapat bagi si kembar tu rasa. Lagi lah semangat. Ada rezeki nak buat bisnes. Tengok macam mana nanti.

Thursday, July 7, 2011

Obedient Of Wife

Eh, eh how come entry ni??

I have a reasons. I memang selalu cerita pasal cinta dan sayang kan? Today I nak share pasal Erti Taat Seorang Isteri yang dibincangkan oleh pengacara Wanita Hari Ini bersama pakar motivasi yang dijemput khas.

Lain orang lain pendapatnya. Cuba kita tanya bf kita, pasal hal ni. Berkemungkinan akan ada percanggahan pendapat dan akan mula bermasam muka sebab sakit hati. Yelah, laki mestilah nak tuntut hak dia sebagai suami nakkan seorang isteri yang taat tak kira apa jua keadaan. Perempuan pulak mesti rasa hak dia seolah-olah takde.

Macam ni lah

Just nak share with all of you dengan apa yang I dengar kat rancangan TV tu. Taat seorang isteri ada batasannya. Tak semua arahan suami, isteri patut ikut. Kalau benda tu dilarang oleh Islam, isteri wajib ingkar arahan tu.

Antara isi-isi penting yang berjaya I highlight kan

Nafkah zahir. Jika isteri bekerja, suami tak boleh ambil gaji isteri. Itu adalah hak isteri tetapi suami wajib memberi nafkah kepada isteri sebab itu memang tanggungjawab suami. Tapi bagi I kalau perempuan tu nak tolong tambah pendapatan suami tak salah.

Nafkah batin. Ha! ni paling penting yang suami patut ambil tahu. Suami tak boleh pentingkan diri. Tak boleh lepaskan diri sendiri sahaja. Suami kena tahu sama ada isteri tu puas atau tak sebab nafkah batin jatuh pada tanggungjawab suami bukan isteri. Bukan isteri yang kena bagi nafkah batin kan? Kadang-kadang kes perceraian berlaku sebab salah suami itu sendiri. So give and take la. Sama-sama rasa. Kan bahagia.

Dalam Islam suami dituntut untuk menghormati isteri. Isteri tak perlukan kemewahan hanya kasih sayang dan perhatian. Kan dah nyata Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk di junjung dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup. Dekat dengan lengan untuk dilindungi dan juga dekat dengan hati untuk dicintai dan dikasihi. Bukan macam sesetengah pasangan tu, ada suami yang selalu lepaskan amarah pada isteri, isteri jadi mangsa dan ada pula isteri jadi Queen Control. Salah konsep tu. Kemudi lah bahtera rumah tangga dengan sebaiknya supaya tak karam di tengah lautan.

Lagi

Kita selalu dengar isteri wajib minta izin suami kalau nak keluar rumah atau buat apa pun tapi suami tak. Tapi, sebaiknya bagitau lah isteri ke mana nak pergi walaupun suami tak perlukan izin isteri supaya isteri tak fikir bukan-bukan dan tak risau sangat.

Sekiranya

Hak isteri tak terbela, isteri boleh keluar dari garis taat. Taat seorang isteri kerana Allah bukan taat sebab takut dimadukan, takut jadi janda. Apa pun alasan tetap dengan Lillahi ta'ala. Itu kunci agar kita boleh terima dengan redha apa pun yang akan terjadi kelak.

Saturday, June 11, 2011

Andai Lelaki Tahu Tentang Perempuan!


Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..,

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..,

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..,

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..,

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..,

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang, tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..,

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..,

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..,

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..,

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..,

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..,

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..,

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang boleh menggoncang dunia dan mungkin boleh membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Tuesday, May 24, 2011

Harap Terkesan

Hidup ni penuh dengan cabaran, dugaan dan cubaan..
Kesalahan, kesilapan memang asam garam kehidupan la kan??
Sape yang sepajang riwayatnye tak pernah buat salah..
Mane ade! Semua orang buat salah..
Baik kecik mahu pun besar!
Mesti ade kan??
Tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Sebenarnya aku nk cakap pasal EGO. Antara lelaki dengan perempuan ego siapa yang lebih tinggi? Yang kita tahu ego lelaki kan? Tapi cuba korang tengok sketches ini :

Yang ni kalau laki yang buat salah...


Yang ni pulak kalau pompuan punye salah..


Erm, takkanlah, tak percayalah, ye ke, alamak!
Ape macam??
Korang rase camne??
Hahaha! Ade yang terase ke??!
(Aku yang terase..)

Tapi sebenarnye depends on situation lah..
Depends pada diri masing-masing..
Ada yang memang ternyata lelaki lagi ego, dan terkadang perempuan yang lebih-lebih..

Friday, May 20, 2011

Changes...

Perubahan adalah suatu kewajaran, demikian suatu ajaran sunnah Allah. Manusia datang ke bumi untuk melakukan perubahan ke arah yang baik dan dilarang melakukan kerosakan. Berpuluh ayat Allah menyatakan "laa tufsiduu fil-ardhi" ertinya jangan membuat bencana di bumi dan kemudian diiringi dengan ketegasan dari Allah bahawa "inna Allaha laa yuhibbu al-mufsidiina" ertinya Allah tidak menyukai orang yang membuat bencana atau merosak-rosakan.

Perubahan untuk apa?
Perubahan untuk siapa?

Perubahan adalah untuk kebaikan. Baik dari segi cara hidup dan perhubungan. Sesuatu perhubungan ada pasang surutnya. Jika kita tak pandai mengawal keadaan mungkin perhubungan itu akan putus di tengah jalan.

Aku cantik ke?
Kalau aku tak cantik, kau tak nak aku?

Hey man, cantik itu hanya subjektif. Ia takkan kekal selamanya. Kalau umur dah menjangkau 50 tahun, kau rasa muka kau yang ala-ala kucing parsi tuh, eh silap! pan asian tuh, macam umur kau 20 tahun ke? Kepada para lelaki di luar sana, ingatlah korang pun akan tua, tak hensem pun dengan janggut putih, gigi tinggal dua, so please jangan nak demand sangat okey. Bersyukurlah masih ada wanita yang sanggup hidup bersama kau. Kau nak apa lagi? Kau kena pandang hati. Bukan paras rupa. Yeah, maybe some of you rasa you alls memandang pada hati, tapi are you sure??

Hello! Kalau la seorang lelaki nak mengayat seorang perempuan yang dia TAK KENAL, lagi sekali TAK KENAL, lelaki tu tau ke hati perempuan tu? Hati dia kaler apa? Baik ke jahat? Jadi lelaki tu ayat sebab apa? Mestilah sebab muka dia kn? Ha..nampak? So, fikir-fikirkan lah.

Change your mind beb!

Tapi, as a wanita, kita juga kenalah berubah. Kalau dah ada laki yang gilakan kau, kau jangan nak bangga sangat boleh? Jangan nak layan dia macam dia takde perasaan. Kau jangan ingat sebab dia taknak hilang kau, kau boleh buat sukati kau je. Kau kena ingat, laki pantang dicabar. Sayang, sayang jugak tapi kalau perangai macam hapa taknak la eh dia kat kau.

Actually ini peringatan untuk aku. Yeah, for me. Aku ni terkadang entahlah. Aku tak tau komen diri aku. Senang cakap aku ni suka sangat buat dia marah, sedih. Cari pasal tiba-tiba. Haiya! Berubahlah mira...

Kata Dato' Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah:

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

You can give love a chance once again. Remember, jangan zalim terhadap diri sendiri & pasangan anda.

Wednesday, April 6, 2011

Konvokesyen Kita Semua!

Mungkin ini menjadi pertemuan buat kali terakhir. Yelah, pasni semua akan bagi full komitmen kat kerja masing2, nak jumpa balik tah bila la. Memang kita takkan lupa each other, tapi apakan daya. Biarlah masa yang tentukan. Okay! Hope korang semua akan success di masa akan datang. Hope kenangan kita semua sentiasa di ingatan tau?

Sahabat Selamanya Yeah!








Mungkin pasni kita buat reunion dengan suasana yang jauh berbeza sebab pasni mesti ada antara korang yang akan berumah dan bertangga, dah ada anak-anak yang comel. Suami yang kacak, isteri yang cantik. Seriusly, mesti macam, macam apa ek? Macam-macam lah!

Bayangkan, wajah-wajah ini menjadi seorang suami, isteri, ayah dan ibu nanti.

Hmm..













Selamat Maju Jaya Kawan-kawan!

Sunday, March 20, 2011

Mencari Pasangan ...

Yang selalu kita dengar, "Saya nak cari isteri yang pandai masak.."
Yang jarang kita dengar, "Saya nak cari suami yang boleh imamkan solat.."

Yang selalu kita lihat, bakal isteri cari buku resepi nak belajar masak untuk bakal suami..
Yang kita harap dapat lihat, bakal suami buka kitab agama nak tambah ilmu sebelum beristeri..

Yang selalu terjadi, bakal isteri rasa malu sangat kalau nasi pun tak tau nak masak..
Yang kita harap terjadi, bakal suami pun rasa segan yang amat kalau Al-Fatihah pun masih merangkak2..

Jika lelaki meletakkan syarat untuk bakal isterinya,
Keterlaluankah jika wanita juga meletakkan syarat untuk bakal suaminya??

Kepada lelaki sekalian yang sangat terhormat,
Janganlah marah mahupun 'hangat',
Tulisan ini tak sedikit pun berniat jahat,
Sekadar insan lemah nak sama-sama memberi ingat,
Untuk diri sendiri dan saudara-saudara yang dekat,

Kepada wanita pula, jangan seronok sangat,
Kita pun ada tanggungjawab yang tak kurang berat,
Harus disemat, kena selalu ingat,
Besar amanah yang kita dapat..

Allah tanya pula nanti di hari akhirat,
Indah betul dunia ni,
Kalau lelaki dan perempuan sama2 membaiki diri,
Kalau bakal-bakal suami & bakal-bakal isteri pakat-pakat bersihkan hati,
Kalau suami-suami dan isteri-isteri dapat ikut segala perintah ilahi,
Ganjaran besar Allah janji..

Tak kira perempuan mahupun lelaki,
Dari hari ke hari cuba baiki diri,
Jadi muslim yang benar-benar sejati,
Masa tu, tak payah la lelaki letak syarat lagi,
Sebab bakal isteri memang dah cantik segala segi..

Wanita pun tak susah hati,
Bakal suami memang menepati ciri,
Aduhai bahagia hidup ni,
Bila syariat Allah pakat2 dipatuhi,
Hidup dunia seronok sekali!
Seronok di akhirat berganda-ganda lagi

Monday, February 21, 2011

Ujilah Saya


saya giliran 24 (:



Hari ini, saya telah diuji sama ada saya layak atau tak untuk dapat lesen motosikal. Huh, debaran jangan cakaplah. Takut kot. Nak lepas titi tuh. Bukan senang. Nampak je senang tapi bila kat atas tuh, hambik. Nak imbang memang menguji kekuatan fizikal dan mental. Ceh ceh ceh. Saya hampir je nak kandas titi, tah kenapa gemuruh sangat time tuh. Nak terjatuh, tapi alhamdulillah lepas. (:

Bahagian II

19/20

Potong 1 markah untuk membrek di dalam kotak. Eleh, JPJ 2 saje je taknak bagi full mark. Padahal dah break ngam2 dalam kotak dah ha. Oklah tuh, alhamdulillah past. Ada akak 2, fail sebab jatuh titi, kesian. Terima kasih pakcik Fauzi Bin Mahamad (Pembantu Penguatkuasa N22 JPJ Pahang Cawangan Raub) sebab luluskan saya.

Bahagian III


13/14

Potong 1 markah untuk tidak bagi isyarat lampu di simpang. Hmm, cikgu cakap takyah pakai signal, sebab kita harus menggunakan isyarat tangan sepenuhnya, tetapi sebab saya takde buat kesalahan tu la JPJ bagi salah kat situ. Takpelah, asalkan saya lulus. Terima kasih pakcik KPP Noorazlan Bin Abdullah (Pegawai Pengangkutan Jalan JPJ Cawangan Raub) sebab luluskan saya walaupun saya tak bagi num fon kat pakcik. Takleh la pakcik, num fon saya private. Sorry pakcik (:

kelas B2 selesai, kelas D tunggu cukup duit ye?

Saturday, February 12, 2011

:::[ Nota Buat Pemilik Diriku Kelak ]:::

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku akan cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus menguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari kerja. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik pun tertidur kerana harus menjaga anak kecil kita yang sedang sakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku. Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tahu kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya..

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau temu puluhan tahun yang lalu, bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu. Maka jangan pernah berpaling dariku kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..

Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu. Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna. Maafkan aku kerana aku bukan puteri kerana aku hanya wanita biasa..

:::[ Lelaki Tahu, Perempuan Mahu ]:::


Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

Tuesday, January 25, 2011

Resepi Kek Coklat Mudah

Apabila mood 'kerajinan' tiba-tiba datang. Terniat di hati, terlintas di fikiran nak bikin kek tok bakal family mentua (ceh ceh ceh). Sebab dah tak tau nak bawak buah tangan apa tok mereka nanti. Saya pun menggunakan kepakaran yang saya ada dalam pembuatan kek (ceh!) kek dan pemanis mulut boleh lah diserahkan pada saya, TETAPI lauk pauk janganlah. Memang saya surrender. For preparation, sebelum buat yang sebenar-benarnya, saya pun try la buat kek coklat yang sangat simple. Lagi pun saya memang suka kek coklat berbanding kek lain. Tapi, kek lain pun saya pandai bikin, haha! insyaAllah..

baiklah puan-puan,
sediakan..

Bahan A (masak)
1 cawan serbuk coklat
1 cawan air sejuk
1 cawan gula
1 tin susu pekat

Bahan B (blender)
4 biji telur
1/2 cawan minyak masak
Esen vanilla

Bahan C (ayak)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan D (topping)
Coklat masakan
Air panas
Susu sejat


tengoklah saya, sudah serabut
sebab
saya sudah kepanasan!



smile for the camera, Myra (:



Pencapaian yang memberangsangkan!



Apabila semua bahan sudah di kombinasikan, masukkan ke dalam dulang yang telah di gris dengan mentega,
kemudian,
kukus kek sampai masak
then,
letakkan topping

Siap!

Cubalah resepi dari Master Chef Myra
(:
insyaAllah, delicious

p/s: berdasarkan komen rakan office kak sha dan kak wan..hehe

Monday, January 24, 2011

Jamal Abdillah-Derita Cinta



Biarkan gelora melanda hati,
Biarkan tangisan merintih,
Begitulah pedihnya jiwa,
Oh kasih..

Kiranya panas yang kau harapkan,
Tetapi derita yang tiba,
Begitulah suratan hidup,
Insan bercinta..

Dulu aku pernah menderita,
Bila hatiku kau lukakan,
Oh..oh..
Kini kau pula merasakan,
Bersama dia yang kau puja..

Padaku usah kau merayu lagi,
Hatiku telah dimiliki,
Cukuplah yang kurasa duka,
Derita cinta..

Wednesday, January 19, 2011

Nota untuk lelaki

Wanita akan berasa bahagia jika difahami. Tapi lelaki susah hendak diberitahu soal ini jadi cuba tunjukkan lima tips di bawah kepadanya. Mudah-mudahan selepas itu dia akan lebih menghargai anda.

1. Lahirkan pujian sekali sekala

Wanita sangat bangga jika dipuji lelaki dan tambah terharu jika lelaki itu adalah suami atau orang yang disayanginya. Jadi lelaki, selalulah memuji wanita apabila dia berhak mendapatkannya. Satu perkara yang perlu anda tahu, wanita mudah perasan jika pujian yang diberikan ada udang di sebalik batu atau kerana anda mahukan sesuatu.

2. Jangan sesekali mengkritik soal potongan badan

Persoalan tentang badannya antara perkara paling banyak difikirkan wanita pada setiap hari jadi tidak perlulah anda yang lelaki mahu mengingatkannya. Kalau rasa-rasa mahu si dia melakukan sesuatu untuk mengembalikan bentuk badannya lakukan secara halus seperti menghadiahkannya kelas tarian, mengajak berbasikal, berjalan menyusuri pantai dan sebagainya.

3. Apabila isteri baru melahirkan anak

Fahami bahawa wanita sedang melalui fasa baru dalam hidup. Katakan padanya dia tetap cantik dan berterima kasih kerana melahirkan buah cinta anda berdua. Jangan memaksa hubungan kelamin dan sekali sekala aturkan masa peribadi anda berdua. Masa peribadi yang dimaksudkan di sini bukan dalam bilik tidur semata-mata tapi ajaklah isteri keluar makan, menonton wayang dan sebagainya seperti sebelum mempunyai anak. Pastikan anak dijaga orang yang boleh dipercayai ketika ini jadi masa kualiti anda berdua tidak terganggu dengan kerisauan.

4. Jangan melayan drama

Kadangkala wanita berfikir terlalu berselirat hingga membayangkan sesuatu yang bukan-bukan. Mereka gemar menyalahkan hormon apabila ini berlaku. Dalam situasi seperti ini anda harus relaks dan tidak melayan perasaannya. Terus bersikap cool dan wanita akan mula tersedar dia yang berfikir bukan-bukan.

5. Pupuk kepercayaan

Sejauh mana keseriusan seseorang kadangkala terlihat daripada perancangan yang disuarakan. Ketika mula-mula bertemu seorang wanita dan anda rasa jatuh hati, sebutlah soal pertemuan seterusnya. Kemudian sesudah lama bersama, bercakaplah tentang bila anda mahu bertemu bakal mentua dan bawa hubungan ke peringkat seterusnya. Selain itu jangan lakukan perkara yang boleh menghancurkan kepercayaan wanita-jangan sesekali 'tertangkap' menipu.

Monday, January 17, 2011

Two is better than One

Today was somewhat special to me baby. You really caught me off by attention when you showed up at snowflake today because i was left under the assumption that your gone again to do your thing. And the worst thing was, i was already half a head empty, but u were there to take care of me.

This few days has been much of an emotional roller coaster for me.

No question i feel upset that your leaving me. But i know u have to spend time with your family and also to save cost on whatever u need to save in. I get it. Just feel upset u know that i can't see you when your gonna be in Nilai later on. ( now i feel like im being very clingy ) not good.

But it’s okay, cause then we’ll both learn the word, yearn. And when u get back, we’ll both know the true meaning of missing someone.

I know our path maybe crooked..

but..

♥♥♥
Love doesn't make the world go round.
Love is what makes the ride worthwhile.
♥♥♥

it's the crooked path that we need to get through,
to know what Love really is.
And the truth is,
im glad it's you that im walking on with.

myra mel