Pages

Monday, August 22, 2011

Keranamu Alza


Keranamu Alza buat aku tak duduk diam, buat aku menggelabah, buat aku serba salah dengan owner 'beliau'. Kenapa??

Macam ni, aku kena pergi hantar borang sebut harga dengan pergi bank nak cheque deposit. Bos suruh aku bawa kereta dia, Alza ni lah. Dia pun keluar dengan kawan dia. Aku pun masuk perut kereta, start enjin nak la masuk gear. Dah masuk gear aku cari handbrake tak jumpa. Kawan aku kat sebelah pun tak tahu mana. Puas kitorang cari, ceh dalam otak aku aku fikir, kereta ni model yang tak ada handbrake kot. Dunia dah maju katakan.


Kemudian dengan yakin aku drive la pergi hantar sebut harga. Tekan minyak tibatiba keluar bunyi macam alarm tu. Ada la lampu kelipkelip. Ada lampu tunjuk seat belt satu lagi tunjuk tanda seru macam ni (!). Kitorang pun cakap oh dia bunyi sebab tak pakai seat belt. Aku pun tarik la seat belt, pakai tapi tetap bunyi. Oh, orang sebelah pun kena pakai jugak kot. Safety betul kereta ni. Kawan aku pun pakai tapi bunyi juga. Aduh! Kenapa ni?? Gelabah. Dah la kereta orang, baru keluar nak pakai raya pulak tu. Rosak nanti aku yang kena. Nangis.

Nak buat apa ni? tolongtolong. Kawan aku pun call bos, tapi line busy. Call husband dia, husband dia cakap cuba cari kat sebelah brake kaki mesti ada. Kitorang pun cari tapi susah sebab aku tengah drive mana nak tengok bawah mana nak tengok depan. Drive la dulu. Pastu cari tempat boleh parking jap. Cari seperti yang disuruh. Yes! Muka bahagia macam baru lepas kena lamar, sebab akhirnya jumpa. Nak tahu kat mana? Ni kat sini


Nampak tak kaki orang tu? Kat situ la handbrake nya. Kawankawan, handbrake Alza kat bawah bukan macam kereta lain yang ada kat sisi kita. Ingat tau? jangan jadi macam saya, boleh ingat kereta baru tak ada handbrake. Apa la! Dari tadi tak berhenti gelak dengan kawan aku tu. Fikir kebodohan diri sendiri. Hua hua hua. Nangis.

16 comments:

  1. Yela..benda sistem baru ni leceh..patut buat kat sisi..senang kita tau..ni pelik2 dia buat..

    ReplyDelete
  2. mcm exora pulak..xde shift gear..kena tekan break bru boleh tukar gear..hmmm..mcm2 teknologi baru

    ReplyDelete
  3. Sy lelaki awk ..xyah malu pun..auto mmg buat benda baru..yg pelik2..kalau yg manual tu kita dah tau sgt..

    ReplyDelete
  4. Hahahaha..bace kat sini baru taw..lam kete ni songah jam cri handbreake..ayo boto la..kbai

    ReplyDelete
  5. Terima kasih banyak2. Ni first timebsy bwk kete besar. Xpenah bwk mpv. Huhu tq sgt2

    ReplyDelete
  6. Kawan saya pun bodoh sampai saya kena google. Terima kasih abang

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana sudi buat blog tentang handbrake alza, kami semua dah petak kepala dah

    ReplyDelete
  8. Thanks. Malam ni sy 1st time bawak alza..mmg mencari handbreak dia. Nasib google jumpa blog ni.. tq sgt.

    ReplyDelete
  9. Samelah aku pun kena dhlh nk tlg owg pkrking kete ..konon bajet pndai ambk nok kna btg idung sndri

    ReplyDelete
  10. Nasib baik ada blog ni, aku punya cari, abang bg kete dia suh pakai tp taktahu handbrake.. Ahaha

    ReplyDelete
  11. Kalau kereta auto lain Ade jgak handbrake dkt sisi drebar , tapi alza auto , aku keliru sikit 😂. Mujur lah Ade blog Ni , terima kasih kerana membantu

    ReplyDelete
  12. Torbaik la abam share kat blog ni. dapat le gak lepaskan handbrake alza sewa ni. Gelabah jugak dibueknyo.

    ReplyDelete
  13. sama pengalaman kita. baru ja tadi bos suruh parking kreta Alphard. berabis cari cam mane nak start.. pas tuh. jalan.. revese ok. nak gerak depan xleh.. nasib jumpa page nie. tq guys..1jam aku kat kreta cari mencari

    ReplyDelete
  14. Hahahahaha siot tol....aq baru je kena..firstime pakai alza beli krta baru..drive dri sepang nak balik pd..mcm tu laaa bnyi nya..stress weyyy tetttt tettt tettt bnyi alarm..aq pnya laaa aim seatbelt..hbis dh aq sumbat2 kn belt tu tkut x msuk ke belt Ni..geram btul aq bnyi lg...mmg msa tu dh hangin dh tba2 bau hangit bila aq benti🤣 stop laa krta kt dpn tgok aq..baru tau weyyyy handbrake x lepas.aq Tanya Mana Mana Mana .kerta Ni xde handbrake...dia tnjuk kt bawah tu.siap ajar cara lagi..malu gila aq😆skrg baru Tau confident dh bwk alza..adoiii lahaiii

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah tq share info ni puas cari. hahaha adui malu betul

    ReplyDelete
  16. Terima kasih share 😂 mmg sgt berguna, first time sewa alza, tak tahu mana handbrake nya

    ReplyDelete