Pages

Tuesday, February 28, 2012

aku tak berdaya



aku tak terdaya menjaga hatimu,
maafkan aku..

happens again


I am weak. I can only forgive, not forget.
When it happens again, I will learn to do both.

aku tak kuat! aku lemah! lemah sangat2!

Pelengkap Hidupku



Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Wednesday, February 22, 2012

Apabila sudah bertunang

Lelaki yang single dan bertunang ni lain. Ada beza dia sebab yang bertunang ni dah ada tanggungjawab pada seorang perempuan yang dia sayang. Yang single, single lah kan..

Ada orang cakap, bertunang lama-lama ni tak elok. Banyak ujian dia, tapi masa bertunang nilah kita dapat menilai diri kita kembali, mampu ke tak nak jaga seorang perempuan tu sampai salah seorang mati, boleh ke tak kita setia kat dia sorang je (poligami bukan pilihan), bagus ke tak perangai kita ni kalau belakang dia. Semua tu memang kena nilai balik dalam tempoh bertunang tu dan kalau boleh perangai buruk macam setan dan miang gatal tu semua dapatlah dibuang jauh-jauh.

Ya, ada lelaki ni gatal dia semacam walaupun dah bertunang. Dari luar kita nampak dia bagus, muka baik, peramah tapi bila dia dengan perempuan lain, dalam diam dia ‘cucuk-cucuk’ perempuan tu sampai naik lemas minah tu. Ada pula sampaikan girlfriend kawan sendiri pun nak kacau. Aku nasihatkan perempuan-perempuan kat luar tu, kalau terjumpa lelaki macam ni, lebih-lebih lagi yang bertunang tak payah la buat kawan dengan dia. Orang macam ni banyak sebenarnya kat luar tu, kadang-kadang ada di kalangan kita antara sedar dengan tak je. Reaksi yang sesuai untuk mereka adalah macam ni. Agak kasar tapi itulah yang sepatutnya mereka terima sebab kalau dibiarkan boleh melarat dan mungkin suatu hari nanti dia akan melukakan hati tunang dia pulak (walaupun apa yang dibuat sekarang ni dah cukup teruk).

Kalau dah bertunang pun gatal, tak hairan pun suatu hari nanti dia curang perempuan lain

Aku kesian pada si perempuan yang tunangnya berperangai buruk ni. Orang perempuan ni setia. Ya.. kadang-kadang lelaki susah nak terima hakikat yang perempuan ni setia sebab dah lumrah lelaki tu sendiri kadang-kadang pandang perempuan lain walaupun dah berpunya. Perlu banyak pengalaman dalam percintaan untuk belajar benda ni. Jadi bila kesetiaan yang tak berbelah bahagi ni di balas dengan perangai gatal dan miang lelaki tu, aku memang rasa kesian sangat kat perempuan tu. Apa salah dia sampai tunang dia sendiri sanggup buat perangai macam tu ya?

Dalam hidup ni memang dugaan dia banyak. Temptation is everywhere tapi yang membezakan kita ni bagus ke tak dengan kebanyakan manusia keji yang lain adalah bagaimana kita mengawal diri kita. Tak perlu orang sekeliling nilai kita macam mana, sendiri buat sendiri tahu. Bila dah ada perancangan nak mendirikan rumah tangga, elok sangatlah kita duduk diam, pandang cermin, hadap muka kita dan tanya balik adakah kita ni dah cukup bersedia untuk semua tanggungjawab tu? Sesuai ke tak perangai dan perbuatan kita dengan status dan tanggungjawab yang akan kita pikul tak lama lagi?

Aku tulis ni sebagai peringatan kepada diri aku dan pembaca. Kalau dah bertunang tu, eloklah tukar terus cara fikir dan mindset tu macam orang dah kahwin. Benda ni bukan mainan budak-budak. Kalau dah bertunang pun perangai tak betul, memang nampak sangat tak wajar untuk meneruskan dengan perkahwinan tu nanti. Elok lupakan aje daripada kita rosakkan hidup orang lain.

credit: ariffshah.com

Wednesday, February 1, 2012

Dah lama

Dah lama tak update..

Nak kata sibuk, tak jugak..

Nak kata tak sibuk, keje byk jugak..

Tak ada idea mungkin..

Tuesday, October 18, 2011

Panduan kita sayang

Bisikan Nurani

semakin cuba untuk aku menggapai,
semakin terasa ia mendekat,
semakin aku menjadi tidak keruan,
lalu aku terus menutup mataku rapat,
mahu menjiwai sepenuh rasaku,
aduh...dekat sekali!
Tuhanku,
kurniakan aku cinta itu,
dekatkan cinta itu di hatiku,
ya Allah...ya Tuhanku..


p/s: wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami..


sini sini :)


Thursday, October 6, 2011

Darjat isteri

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai kerana Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

Friday, September 30, 2011

Tips untuk saya please

Saya mahu kulit yang cantik.

Tolong bagi saya tips boleh? Macam-macam dah cuba tapi kulit saya tak cantik pun. Saya nak kulit yang licin, tak ada clog pores, suci je. Macam mana?

p/s: update jugak untuk lengkapkan post bulan september. kalau perasan bulan sembilan ni tak update apa-apa pun. hampeh!

Monday, August 22, 2011

Keranamu Alza


Keranamu Alza buat aku tak duduk diam, buat aku menggelabah, buat aku serba salah dengan owner 'beliau'. Kenapa??

Macam ni, aku kena pergi hantar borang sebut harga dengan pergi bank nak cheque deposit. Bos suruh aku bawa kereta dia, Alza ni lah. Dia pun keluar dengan kawan dia. Aku pun masuk perut kereta, start enjin nak la masuk gear. Dah masuk gear aku cari handbrake tak jumpa. Kawan aku kat sebelah pun tak tahu mana. Puas kitorang cari, ceh dalam otak aku aku fikir, kereta ni model yang tak ada handbrake kot. Dunia dah maju katakan.


Kemudian dengan yakin aku drive la pergi hantar sebut harga. Tekan minyak tibatiba keluar bunyi macam alarm tu. Ada la lampu kelipkelip. Ada lampu tunjuk seat belt satu lagi tunjuk tanda seru macam ni (!). Kitorang pun cakap oh dia bunyi sebab tak pakai seat belt. Aku pun tarik la seat belt, pakai tapi tetap bunyi. Oh, orang sebelah pun kena pakai jugak kot. Safety betul kereta ni. Kawan aku pun pakai tapi bunyi juga. Aduh! Kenapa ni?? Gelabah. Dah la kereta orang, baru keluar nak pakai raya pulak tu. Rosak nanti aku yang kena. Nangis.

Nak buat apa ni? tolongtolong. Kawan aku pun call bos, tapi line busy. Call husband dia, husband dia cakap cuba cari kat sebelah brake kaki mesti ada. Kitorang pun cari tapi susah sebab aku tengah drive mana nak tengok bawah mana nak tengok depan. Drive la dulu. Pastu cari tempat boleh parking jap. Cari seperti yang disuruh. Yes! Muka bahagia macam baru lepas kena lamar, sebab akhirnya jumpa. Nak tahu kat mana? Ni kat sini


Nampak tak kaki orang tu? Kat situ la handbrake nya. Kawankawan, handbrake Alza kat bawah bukan macam kereta lain yang ada kat sisi kita. Ingat tau? jangan jadi macam saya, boleh ingat kereta baru tak ada handbrake. Apa la! Dari tadi tak berhenti gelak dengan kawan aku tu. Fikir kebodohan diri sendiri. Hua hua hua. Nangis.