Pages

Tuesday, January 25, 2011

Resepi Kek Coklat Mudah

Apabila mood 'kerajinan' tiba-tiba datang. Terniat di hati, terlintas di fikiran nak bikin kek tok bakal family mentua (ceh ceh ceh). Sebab dah tak tau nak bawak buah tangan apa tok mereka nanti. Saya pun menggunakan kepakaran yang saya ada dalam pembuatan kek (ceh!) kek dan pemanis mulut boleh lah diserahkan pada saya, TETAPI lauk pauk janganlah. Memang saya surrender. For preparation, sebelum buat yang sebenar-benarnya, saya pun try la buat kek coklat yang sangat simple. Lagi pun saya memang suka kek coklat berbanding kek lain. Tapi, kek lain pun saya pandai bikin, haha! insyaAllah..

baiklah puan-puan,
sediakan..

Bahan A (masak)
1 cawan serbuk coklat
1 cawan air sejuk
1 cawan gula
1 tin susu pekat

Bahan B (blender)
4 biji telur
1/2 cawan minyak masak
Esen vanilla

Bahan C (ayak)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan D (topping)
Coklat masakan
Air panas
Susu sejat


tengoklah saya, sudah serabut
sebab
saya sudah kepanasan!



smile for the camera, Myra (:



Pencapaian yang memberangsangkan!



Apabila semua bahan sudah di kombinasikan, masukkan ke dalam dulang yang telah di gris dengan mentega,
kemudian,
kukus kek sampai masak
then,
letakkan topping

Siap!

Cubalah resepi dari Master Chef Myra
(:
insyaAllah, delicious

p/s: berdasarkan komen rakan office kak sha dan kak wan..hehe

Monday, January 24, 2011

Jamal Abdillah-Derita Cinta



Biarkan gelora melanda hati,
Biarkan tangisan merintih,
Begitulah pedihnya jiwa,
Oh kasih..

Kiranya panas yang kau harapkan,
Tetapi derita yang tiba,
Begitulah suratan hidup,
Insan bercinta..

Dulu aku pernah menderita,
Bila hatiku kau lukakan,
Oh..oh..
Kini kau pula merasakan,
Bersama dia yang kau puja..

Padaku usah kau merayu lagi,
Hatiku telah dimiliki,
Cukuplah yang kurasa duka,
Derita cinta..

Wednesday, January 19, 2011

Nota untuk lelaki

Wanita akan berasa bahagia jika difahami. Tapi lelaki susah hendak diberitahu soal ini jadi cuba tunjukkan lima tips di bawah kepadanya. Mudah-mudahan selepas itu dia akan lebih menghargai anda.

1. Lahirkan pujian sekali sekala

Wanita sangat bangga jika dipuji lelaki dan tambah terharu jika lelaki itu adalah suami atau orang yang disayanginya. Jadi lelaki, selalulah memuji wanita apabila dia berhak mendapatkannya. Satu perkara yang perlu anda tahu, wanita mudah perasan jika pujian yang diberikan ada udang di sebalik batu atau kerana anda mahukan sesuatu.

2. Jangan sesekali mengkritik soal potongan badan

Persoalan tentang badannya antara perkara paling banyak difikirkan wanita pada setiap hari jadi tidak perlulah anda yang lelaki mahu mengingatkannya. Kalau rasa-rasa mahu si dia melakukan sesuatu untuk mengembalikan bentuk badannya lakukan secara halus seperti menghadiahkannya kelas tarian, mengajak berbasikal, berjalan menyusuri pantai dan sebagainya.

3. Apabila isteri baru melahirkan anak

Fahami bahawa wanita sedang melalui fasa baru dalam hidup. Katakan padanya dia tetap cantik dan berterima kasih kerana melahirkan buah cinta anda berdua. Jangan memaksa hubungan kelamin dan sekali sekala aturkan masa peribadi anda berdua. Masa peribadi yang dimaksudkan di sini bukan dalam bilik tidur semata-mata tapi ajaklah isteri keluar makan, menonton wayang dan sebagainya seperti sebelum mempunyai anak. Pastikan anak dijaga orang yang boleh dipercayai ketika ini jadi masa kualiti anda berdua tidak terganggu dengan kerisauan.

4. Jangan melayan drama

Kadangkala wanita berfikir terlalu berselirat hingga membayangkan sesuatu yang bukan-bukan. Mereka gemar menyalahkan hormon apabila ini berlaku. Dalam situasi seperti ini anda harus relaks dan tidak melayan perasaannya. Terus bersikap cool dan wanita akan mula tersedar dia yang berfikir bukan-bukan.

5. Pupuk kepercayaan

Sejauh mana keseriusan seseorang kadangkala terlihat daripada perancangan yang disuarakan. Ketika mula-mula bertemu seorang wanita dan anda rasa jatuh hati, sebutlah soal pertemuan seterusnya. Kemudian sesudah lama bersama, bercakaplah tentang bila anda mahu bertemu bakal mentua dan bawa hubungan ke peringkat seterusnya. Selain itu jangan lakukan perkara yang boleh menghancurkan kepercayaan wanita-jangan sesekali 'tertangkap' menipu.

Monday, January 17, 2011

Two is better than One

Today was somewhat special to me baby. You really caught me off by attention when you showed up at snowflake today because i was left under the assumption that your gone again to do your thing. And the worst thing was, i was already half a head empty, but u were there to take care of me.

This few days has been much of an emotional roller coaster for me.

No question i feel upset that your leaving me. But i know u have to spend time with your family and also to save cost on whatever u need to save in. I get it. Just feel upset u know that i can't see you when your gonna be in Nilai later on. ( now i feel like im being very clingy ) not good.

But it’s okay, cause then we’ll both learn the word, yearn. And when u get back, we’ll both know the true meaning of missing someone.

I know our path maybe crooked..

but..

♥♥♥
Love doesn't make the world go round.
Love is what makes the ride worthwhile.
♥♥♥

it's the crooked path that we need to get through,
to know what Love really is.
And the truth is,
im glad it's you that im walking on with.

myra mel