Pages

Monday, July 25, 2011

Tangisan air mata


Semua orang yang hidup di muka bumi ini pasti pernah menangis..
Cuma yang membezakan kita ialah sebab untuk tangisan itu..
Aku juga pernah menangis..
Tangisan itu datang adakala tanpa sebab..
Secara tiba-tiba airmata itu mula mengalir..
Dan tanpa sedar, titisan itu mulai bertukar menjadi esak tangis yang berlarutan..
Kebiasaannya ia terjadi bila sahaja aku keseorangan..
Kadang kala mengingati kenangan dan peristiwa semalam..
Ya..
Aku akui kehidupan aku bukanlah semuanya bahagia..
Ada ketika jika dihitung tak sampai suku dari umur aku melalui detik bahagia..
Tapi bila difikir kembali..
Itulah sebenarnya yang mematangkan dan mendewasakan aku sehingga ke hari ini..
Biarpun ada yang mengatakan aku dewasa sebelum waktunya..
Tidak mengapa..
Tidak semua orang mampu menikmati setiap aturan umurnya..
Kerana airmata itu aku kuat mengharung detik getir dalam kehidupan aku hingga ke hari ini..
Aku menjadi insan tabah dan sabar untuk berdepan dengan kerenah manusia yang pelbagai rupa..
Cuma ada waktunya sabar, tabah dan semangat itu hampir melurut ke kaki..
Rebah seketika hampir menyembah bumi..
Dan di kala itu aku perlukan sokongan dan dorongan dari orang lain..
Namun tak semua yang aku inginkan itu akan aku perolehi..
Maka, bila tak mampu bangun dari kejatuhan itu..
Hanya airmata menjadi peneman..
Itu lebih menenangkan dan memberi kepuasan..
Kata seorang teman..
Bila sesuatu yang tak mampu untuk diluahkan..
Menangislah semahunya..
Agar keluar segala rasa sedih, duka, pilu, luka..
Dan saat ini butir mutiara itu gugur lagi..
Kerana ada kata yang tak mampu aku luahkan..
Biarpun disini..

Thursday, July 21, 2011

Berkongsi adalah Penyayang


stay with me and lets make it the longest day.

I believe that we can be extraordinary together,
rather than ordinary part.

Tuesday, July 19, 2011

Takkan Boleh

Kadang-kadang kita dah cuba puaskan hati semua orang, tapi percayalah.

Takkan boleh.

Lagi-lagi orang macam aku ni yang berat mulut, payah senyum, keras hati, kepala batu, rasa diri betul memanjang tapi aku tetap cuba walaupun.

Takkan boleh.

Tapi aku bukanlah teruk sangat, aku bukan la keras sangat, aku pun ada hati, perasaan. Lembut tu masih ada, just bagi aku masa dan jangan terlampau mengharapkan perubahan yang terlalu drastik. Aku tak mampu.

Aku takkan selamanya batu. Aku takkan selamanya singa.

Kelak,

Aku akan jadi air. Aku akan sejinak kucing.

Aku perlukan peluang, masa dan sokongan.

Monday, July 18, 2011

Takda masa

Kita diberi masa 24 jam dalam sehari tapi kenapa orang selalu cakap,

takda masa, tak sempat.

Kita diberi masa 1440 minit dalam sehari tapi kenapa orang selalu cakap,

takda masa, tak sempat.

Kita diberi masa 86400 saat dalam sehari tapi kenapa orang selalu cakap,

takda masa, tak sempat.

Kadang-kadang rasa sakit hati, kadang-kadang rasa tak diperlukan, kadang-kadang rasa macam takda siapa-siapa nak peduli.

Bila tanya, tak sempat, sibuk.

Dalam banyak-banyak masa tu langsung tak boleh ambil sikit untuk saya?

Takpe lah.

Telan dan senyum sahajalah.

Mati itu pasti

Kita hidup bukan untuk mati
tapi
Kita mati untuk hidup




Mati bukan penamat kehidupan
tapi
Mati permulaan kehidupan




Kita kena terima mati dengan ketaqwaan
Kita jangan takut pada mati
Kita kena rindu pada mati
Kerana mati adalah pintu untuk kita berjumpa dengan Allah swt

Wednesday, July 13, 2011

Main masak-masak

Muffin Coklat

Cuba tengok yang A tu, tak naik jadi bentat sebab tak panaskan pengukus dulu, yang B naik cantik dan merekah kat atas sebab pengukus dah panas. Jadi, sebelum buat adunan pastikan pengukus sudah di panaskan.

Apam Polka Dot

First time buat alhamdulillah menjadi. Bersemangat kot masa nak buat tu. Lagi seronok dapat bagi si kembar tu rasa. Lagi lah semangat. Ada rezeki nak buat bisnes. Tengok macam mana nanti.

Thursday, July 7, 2011

Obedient Of Wife

Eh, eh how come entry ni??

I have a reasons. I memang selalu cerita pasal cinta dan sayang kan? Today I nak share pasal Erti Taat Seorang Isteri yang dibincangkan oleh pengacara Wanita Hari Ini bersama pakar motivasi yang dijemput khas.

Lain orang lain pendapatnya. Cuba kita tanya bf kita, pasal hal ni. Berkemungkinan akan ada percanggahan pendapat dan akan mula bermasam muka sebab sakit hati. Yelah, laki mestilah nak tuntut hak dia sebagai suami nakkan seorang isteri yang taat tak kira apa jua keadaan. Perempuan pulak mesti rasa hak dia seolah-olah takde.

Macam ni lah

Just nak share with all of you dengan apa yang I dengar kat rancangan TV tu. Taat seorang isteri ada batasannya. Tak semua arahan suami, isteri patut ikut. Kalau benda tu dilarang oleh Islam, isteri wajib ingkar arahan tu.

Antara isi-isi penting yang berjaya I highlight kan

Nafkah zahir. Jika isteri bekerja, suami tak boleh ambil gaji isteri. Itu adalah hak isteri tetapi suami wajib memberi nafkah kepada isteri sebab itu memang tanggungjawab suami. Tapi bagi I kalau perempuan tu nak tolong tambah pendapatan suami tak salah.

Nafkah batin. Ha! ni paling penting yang suami patut ambil tahu. Suami tak boleh pentingkan diri. Tak boleh lepaskan diri sendiri sahaja. Suami kena tahu sama ada isteri tu puas atau tak sebab nafkah batin jatuh pada tanggungjawab suami bukan isteri. Bukan isteri yang kena bagi nafkah batin kan? Kadang-kadang kes perceraian berlaku sebab salah suami itu sendiri. So give and take la. Sama-sama rasa. Kan bahagia.

Dalam Islam suami dituntut untuk menghormati isteri. Isteri tak perlukan kemewahan hanya kasih sayang dan perhatian. Kan dah nyata Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk di junjung dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup. Dekat dengan lengan untuk dilindungi dan juga dekat dengan hati untuk dicintai dan dikasihi. Bukan macam sesetengah pasangan tu, ada suami yang selalu lepaskan amarah pada isteri, isteri jadi mangsa dan ada pula isteri jadi Queen Control. Salah konsep tu. Kemudi lah bahtera rumah tangga dengan sebaiknya supaya tak karam di tengah lautan.

Lagi

Kita selalu dengar isteri wajib minta izin suami kalau nak keluar rumah atau buat apa pun tapi suami tak. Tapi, sebaiknya bagitau lah isteri ke mana nak pergi walaupun suami tak perlukan izin isteri supaya isteri tak fikir bukan-bukan dan tak risau sangat.

Sekiranya

Hak isteri tak terbela, isteri boleh keluar dari garis taat. Taat seorang isteri kerana Allah bukan taat sebab takut dimadukan, takut jadi janda. Apa pun alasan tetap dengan Lillahi ta'ala. Itu kunci agar kita boleh terima dengan redha apa pun yang akan terjadi kelak.