Pages

Thursday, July 7, 2011

Obedient Of Wife

Eh, eh how come entry ni??

I have a reasons. I memang selalu cerita pasal cinta dan sayang kan? Today I nak share pasal Erti Taat Seorang Isteri yang dibincangkan oleh pengacara Wanita Hari Ini bersama pakar motivasi yang dijemput khas.

Lain orang lain pendapatnya. Cuba kita tanya bf kita, pasal hal ni. Berkemungkinan akan ada percanggahan pendapat dan akan mula bermasam muka sebab sakit hati. Yelah, laki mestilah nak tuntut hak dia sebagai suami nakkan seorang isteri yang taat tak kira apa jua keadaan. Perempuan pulak mesti rasa hak dia seolah-olah takde.

Macam ni lah

Just nak share with all of you dengan apa yang I dengar kat rancangan TV tu. Taat seorang isteri ada batasannya. Tak semua arahan suami, isteri patut ikut. Kalau benda tu dilarang oleh Islam, isteri wajib ingkar arahan tu.

Antara isi-isi penting yang berjaya I highlight kan

Nafkah zahir. Jika isteri bekerja, suami tak boleh ambil gaji isteri. Itu adalah hak isteri tetapi suami wajib memberi nafkah kepada isteri sebab itu memang tanggungjawab suami. Tapi bagi I kalau perempuan tu nak tolong tambah pendapatan suami tak salah.

Nafkah batin. Ha! ni paling penting yang suami patut ambil tahu. Suami tak boleh pentingkan diri. Tak boleh lepaskan diri sendiri sahaja. Suami kena tahu sama ada isteri tu puas atau tak sebab nafkah batin jatuh pada tanggungjawab suami bukan isteri. Bukan isteri yang kena bagi nafkah batin kan? Kadang-kadang kes perceraian berlaku sebab salah suami itu sendiri. So give and take la. Sama-sama rasa. Kan bahagia.

Dalam Islam suami dituntut untuk menghormati isteri. Isteri tak perlukan kemewahan hanya kasih sayang dan perhatian. Kan dah nyata Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk di junjung dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup. Dekat dengan lengan untuk dilindungi dan juga dekat dengan hati untuk dicintai dan dikasihi. Bukan macam sesetengah pasangan tu, ada suami yang selalu lepaskan amarah pada isteri, isteri jadi mangsa dan ada pula isteri jadi Queen Control. Salah konsep tu. Kemudi lah bahtera rumah tangga dengan sebaiknya supaya tak karam di tengah lautan.

Lagi

Kita selalu dengar isteri wajib minta izin suami kalau nak keluar rumah atau buat apa pun tapi suami tak. Tapi, sebaiknya bagitau lah isteri ke mana nak pergi walaupun suami tak perlukan izin isteri supaya isteri tak fikir bukan-bukan dan tak risau sangat.

Sekiranya

Hak isteri tak terbela, isteri boleh keluar dari garis taat. Taat seorang isteri kerana Allah bukan taat sebab takut dimadukan, takut jadi janda. Apa pun alasan tetap dengan Lillahi ta'ala. Itu kunci agar kita boleh terima dengan redha apa pun yang akan terjadi kelak.

2 comments: