Pages

Monday, August 22, 2011

Keranamu Alza


Keranamu Alza buat aku tak duduk diam, buat aku menggelabah, buat aku serba salah dengan owner 'beliau'. Kenapa??

Macam ni, aku kena pergi hantar borang sebut harga dengan pergi bank nak cheque deposit. Bos suruh aku bawa kereta dia, Alza ni lah. Dia pun keluar dengan kawan dia. Aku pun masuk perut kereta, start enjin nak la masuk gear. Dah masuk gear aku cari handbrake tak jumpa. Kawan aku kat sebelah pun tak tahu mana. Puas kitorang cari, ceh dalam otak aku aku fikir, kereta ni model yang tak ada handbrake kot. Dunia dah maju katakan.


Kemudian dengan yakin aku drive la pergi hantar sebut harga. Tekan minyak tibatiba keluar bunyi macam alarm tu. Ada la lampu kelipkelip. Ada lampu tunjuk seat belt satu lagi tunjuk tanda seru macam ni (!). Kitorang pun cakap oh dia bunyi sebab tak pakai seat belt. Aku pun tarik la seat belt, pakai tapi tetap bunyi. Oh, orang sebelah pun kena pakai jugak kot. Safety betul kereta ni. Kawan aku pun pakai tapi bunyi juga. Aduh! Kenapa ni?? Gelabah. Dah la kereta orang, baru keluar nak pakai raya pulak tu. Rosak nanti aku yang kena. Nangis.

Nak buat apa ni? tolongtolong. Kawan aku pun call bos, tapi line busy. Call husband dia, husband dia cakap cuba cari kat sebelah brake kaki mesti ada. Kitorang pun cari tapi susah sebab aku tengah drive mana nak tengok bawah mana nak tengok depan. Drive la dulu. Pastu cari tempat boleh parking jap. Cari seperti yang disuruh. Yes! Muka bahagia macam baru lepas kena lamar, sebab akhirnya jumpa. Nak tahu kat mana? Ni kat sini


Nampak tak kaki orang tu? Kat situ la handbrake nya. Kawankawan, handbrake Alza kat bawah bukan macam kereta lain yang ada kat sisi kita. Ingat tau? jangan jadi macam saya, boleh ingat kereta baru tak ada handbrake. Apa la! Dari tadi tak berhenti gelak dengan kawan aku tu. Fikir kebodohan diri sendiri. Hua hua hua. Nangis.

Wednesday, August 17, 2011

Ketidaksempurnaan itu ternyata jelas

Nobody's perfect!

Itu yang selalu manusia laungkan apabila diorang buat salah. Tak kira dalam keadaan apa sekali pun memang tak ada siapa pun yang sempurna. Percayalah. Itu kenyataan. Jadi, kita sebagai manusia biasa, harus terima apa sahaja dengan redha, ikhlas & dengan seadanya sebab kita sendiri pun tak sempurna.

Kita,

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman.

Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuff,
jika kasih tak setulus Zulaikha.

Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim,
andai diri tak sekuat Siti Hajar.

Dan,

Mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
kalau diri tak sesempurna Rasullullah s.a.w

Jadi apa yang patut kita lakukan?

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangannya itu sebagai keunikan. Carilah kebaikan dalam dirinya dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Tetaplah berdoa kepada Illahi agar dia akan terus menjadi milikmu sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Thursday, August 4, 2011

The spirit of fasting

Missing you banyakbanyak,


Some joys are better expressed in silence
as a smile holds
more meaning than words
I was asked if I enjoy having you in my life
I just smiled ~_~