Pages

Tuesday, January 25, 2011

Resepi Kek Coklat Mudah

Apabila mood 'kerajinan' tiba-tiba datang. Terniat di hati, terlintas di fikiran nak bikin kek tok bakal family mentua (ceh ceh ceh). Sebab dah tak tau nak bawak buah tangan apa tok mereka nanti. Saya pun menggunakan kepakaran yang saya ada dalam pembuatan kek (ceh!) kek dan pemanis mulut boleh lah diserahkan pada saya, TETAPI lauk pauk janganlah. Memang saya surrender. For preparation, sebelum buat yang sebenar-benarnya, saya pun try la buat kek coklat yang sangat simple. Lagi pun saya memang suka kek coklat berbanding kek lain. Tapi, kek lain pun saya pandai bikin, haha! insyaAllah..

baiklah puan-puan,
sediakan..

Bahan A (masak)
1 cawan serbuk coklat
1 cawan air sejuk
1 cawan gula
1 tin susu pekat

Bahan B (blender)
4 biji telur
1/2 cawan minyak masak
Esen vanilla

Bahan C (ayak)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan D (topping)
Coklat masakan
Air panas
Susu sejat


tengoklah saya, sudah serabut
sebab
saya sudah kepanasan!



smile for the camera, Myra (:



Pencapaian yang memberangsangkan!



Apabila semua bahan sudah di kombinasikan, masukkan ke dalam dulang yang telah di gris dengan mentega,
kemudian,
kukus kek sampai masak
then,
letakkan topping

Siap!

Cubalah resepi dari Master Chef Myra
(:
insyaAllah, delicious

p/s: berdasarkan komen rakan office kak sha dan kak wan..hehe

4 comments: